Sindrom Ovari Polisistik (PCOS): Punca, Simptom & Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

481Shares

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome/PCOS) merupakan masalah ketidak seimbangan hormon yang dialami oleh kebanyakkan golongan wanita. Ia turut dikenali sebagai sindrom Stein-Leventhal. Penghasilan hormon androgen atau hormon ‘lelaki’ yang terlalu banyak telah dikenalpasti menjadi punca yang kepada masalah ini.

Sindrom ini juga boleh membawa kepada penghasilan bulu/ rambut dan jerawat yang banyak. Selain itu juga, ia turut menggalakkan pertumbuhan sista (cysts) pada ovari yang akan mengganggu sistem kitaran haid normal.

Masalah ini amat sukar untuk dikesan dengan hanya satu sesi ujian pemeriksaan. Selain itu, doktor juga perlu melakukan pemeriksaan yang lebih dengan mencari beberapa bukti/kesan daripada masalah ini iaitu seperti pertumbuhan bulu/rambut yang sangat banyak, sistem kitaran haid yang tidak normal dan sebagainya.

Apakah punca penyakit PCOS?

Punca sebenar masalah PCOS masih belum ditemukan oleh para pengkaji. Namun, ramai antara mereka yang bersetuju bahawa ia adalah berpunca daripada penghasilan hormon lelaki (androgen) yang berlebihan dan perkara ini telah menghalang ovari untuk menghasilkan telur(ovum) secara normal.

Faktor seperti genetik, kerintangan insulin dan keradangan dalam badan mungkin mempunyai kaitan dengan penghasilan androgen yang berlebihan ini.

1. Genetik

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masalah ini biasanya turut berlaku di antara ahli keluarga pesakit yang terdekat.

2. Kerintangan insulin

Hampir 70% daripada mereka yang mempunyai PCOS telah dikenalpasti mempunyai masalah kerintangan insulin. Insulin adalah merupakan hormon yang dihasilkan oleh badan dan berfungsi untuk memasukkan gula ke dalam sel-sel.

Apabila insulin yang dihasilkan oleh badan tidak berfungsi dengan baik, maka terjadilah kerintangan insulin dimana ia merupakan salah satu punca kepada kencing manis.

Apabila insulin yang dihasilkan oleh badan tidak dapat berfungsi dengan baik, pankreas akan terpaksa ‘bekerja keras’ untuk menghasilkan insulin yang lebih banyak. Penghasilan insulin yang terlalu banyak boleh meransang ovari untuk menghasilkan lebih banyak hormon lelaki.

Masalah kerintangan insulin ini selalunya berpunca daripada obes atau berat badan berlebihan. Oleh sebab itu, kebanyakkan mereka yang mengalami masalah ini biasanya mempunyai berat badan yang berlebihan.

Apakah Simptom PCOS?

Adalah sukar untuk mengenalpasti simptom PCOS dikalangan wanita. Ia adalah kerana simptom dialami adalah berbeza mengikut ciri-ciri wanita tersebut. Kebanyakkan wanita yang obes atau mempunyai berat badan yang berlebihan sering mendapat masalah ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga wanita yang mempunyai berat badan yang normal dan turut mengalami PCOS.

Malangnya, hampir 50% wanita yang mempunyai PCOS tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah ini kerana kesukaran untuk mengenalpasti tanda-tandanya. Oleh sebab itulah kehadiran PCOS dianggap sebagai pembunuh senyap bagi kaum wanita.

Ini merupakan beberapa simptom yang sering dialami oleh pesakit, antaranya:

  1. Terdapat rantaian butiran sista (Cysts) pada ovari.
  2. Rintangan terhadap insulin.
  3. Hormon testosteron yang tinggi dan mengakibatkan pertumbuhan rambut/bulu yang banyak dan berjerawat.
  4. Gangguan pada proses ovulasi.
  5. Kenaikkan berat badan yang ketara.
  6. Kenaikkan berat badan terlihat lebih ketara dibahagian pinggang.
  7. Tardapat tompokan gelap di bahagian leher, bawah lengan, payudara dan peha.
  8. Kewujudan kutil di bahagian ketiak dan leher.
  9. Merasa sakit di bahagian pelvik.
  10. Mengalami kegelisahan dan tertekan.
  11. Mengalami masalah tidur seperti berdengkur dengan kuat.


PCOS dan kehamilan

PCOS sering dialami oleh hampir 6 hingga 15 % wanita pada fasa umur yang sesuai untuk mengandungkan anak. Wanita yang mempunyai masalah ini biasanya akan menghadapi kesukaran untuk hamil. Walaupun disahkan hamil, wanita yang mempunyai masalah ini akan menghadapi beberapa risiko saat mereka hamil dan juga saat mereka melahirkan bayi.

Wanita hamil yang mempunyai PCOS akan menghadapi risiko keguguran 3 kali ganda berbanding wanita normal yang hamil. Mereka berisiko tinggi mendapat masalah seperti preeklampsia, diabetes penghadaman (gestational diabetes), bayi besar dan kelahiran bayi pramatang. Selain itu, mereka juga berpotensi mempunyai masalah saat kelahiran atau mungkin memerlukan pembedahan.

Apakah rawatan untuk masalah PCOS?

Pada saat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan PCOS sepenuhnya. Namun begitu, ia boleh dirawat dengan mengawal simptom-simptomnya.

Berikut merupakan beberapa langkah untuk mengawal simptom-simptom PCOS antaranya:

1. Ubat pencegah kehamilan

Ubat hormon estrogen dan progestine selalunya akan diberikan oleh doktor untuk menyeimbangkan semula hormon di dalam badan, membantu kelancaran proses ovulasi, mengurangkan simptom seperti bulu yang banyak serta mengurangkan risiko terkena kanser rahim.

2. Ubat Metformin

Ubat metformin selalunya diberikan kepada pesakit kencing manis. Namun, ia juga boleh digunakan untuk merawat mereka yang mengalami PCOS kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan fungsi insulin. Ubat ini turut membantu dalam mengawal berat badan serta membantu membetulkan semula kitaran haid.

3. Ubat Spironolactone

Ubat ini berfungsi untuk menghalang hormon androgen memberi kesan kepada kulit. Namun begitu, ubat ini boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Oleh itu, pengambilan ubat ini perlu disertai dengan pengambilan ubat pencegah kehamilan untuk mengelakkan kehamilan berlaku.

4. Ubat Clomiphine

Ubat ini merupakan ubat untuk menggalakkan kesuburan wanita. Ia berfungsi membantu wanita yang mempunyai PCOS supaya mudah mengandung. Walaubagaimanapun, ubat ini mempunyai risiko untuk mendapat anak kembar.

5. Mengurangkan berat badan

Mengurangkan berat badan yang berlebihan akan menjadikan kerintangan insulin semakin berkurang. Kesannya, hormon androgen di dalam badan serta simptom-simptomnya akan dapat dikurangkan.



Rujukan:

  1. Does PCOS affect pregnancy? (2013, May)
  2. Mayo Clinic Staff. (2014, September 3). Polycystic ovary syndrome
  3. Roos, N. (2011, October 13). Risk of adverse pregnancy outcomes in women with polycystic ovary syndrome: population based cohort study. British Medical Journal, 343
    bmj.com/content/343/bmj.d6309
  4. Trikudanathan, S. (2015, January). Polycystic ovarian syndrome. Medical Clinics of North America, 99(1), 221–235
    ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25456652
  5. PCOS pregnancy and delivery complications. (2016)
  6. Polycystic ovary syndrome fact sheet. (2014, December)
Categories: Sakit Puan

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *