Buat pertama kali buah pinggang pesakit HIV didermakan kepada manusia

Published by Dr Latif Saad on

Seperti mana yang kita tahu bahawa terdapat stigma yang kuat bagi pesakit HIV kerana pesakit tersebut sangat mudah menjangkiti orang lain terutamanya apabila terdedah dengan darah pesakit HIV tersebut.

Kejayaan dalam pembedahaan ini telah memecahkan stigma tersebut. Ini kerana walaupun pesakit tersebut mengalami HIV, tetapi pemindahan organ mampu dibuat tanpa mendedahkan orang lain terutamanya para doktor dan staf kesihatan kepada jangkitan HIV.

Ini merupakan pembedahan pertama yang melibatkan pemindahan oragan daripada penderma yang mengalami HIV kepada pesakit yang juga mengalami nasib yang sama.

Ia merupakan salah satu pencapaian dalam arena sains perubatan. Bahkan ia telah memecahkan stigma lama dan juga membetulkan kepercayaan berkenaan masalah HIV ini.

Siapakah yang mendermakan buah pinggang tersebut?

Nina Martinez, 35-tahun telah hidup dengan penyakit HIV buat beberapa tahun. Dia telah mendermakan buah pinggangnya kepada seorang individu positif HIV yang tidak dikenalinya.

Pembedahan itu telah dilakukan di Hospital Johns Hopkins pada 25 March. Pembedahan itu dikira sebagai berhawa setakat ini dan Cik Nina sudah bercita-cita untuk memasuki marathon tentera marin pada tahun hadapan.

“Saya hendak orang ramai merubah kepercayaan mereka terhadapa HIV. Saya tidak mahu menjadi hero pada sesiapa. Tetapi saya ingin menjadi salah satu contoh, contoh yang menyebabkan orang lain ingin melakukan pendermaan organ kepada orang lain,” Kata Cik Nina dalam salah satu temubualnya.

Individu yang tidak dinamakan itu juga akan dikeluarkan daripada hospital setelah beberapa hari lagi.

Dorry Segev, iaitu Proffesor di Jabatan Bedah Johns Hopkins menerangkan terdapat 2 cabaran yang menghalang pembedahan ini dimasa lepas. Ia adalah:

1. Undang-undang

Undang-undang persekutuan tidak membenarkan pendermaan organ daripada mereka yang mempunyai HIV. Akan tetapi, saintis telah menemukan bahawa pesakit HIV telah boleh hidup dengan lebih lama sama seperti orang lain dan kebanyakan daripada mereka boleh menjadi penderma organ kepada pesakit HIV yang lain.

Pada 2013, Polisi untuk mereka yang mengalami HIV ini telah diubahsuai dan membenarkan pesakit ini menderma organ mereka kepada pesakit HIV yang lain.

2. Masalah pada buah pinggang

Para pengkaji tidak tahu adakah pesakit HIV boleh hidup dengan hanya menggunakan satu buah pinggang sahaja kerana diketahui mereka yang menghidap penyakit HIV ini juga akan mengalami masalah buah pinggang.

Akan tetapi, kajian pada 40,000 orang yang menghidap penyakit HIV telah menunjukkan risiko untuk menghidapi masalah buah pinggang adalah sangat rendah pada kurun perubatan moden yang melibatkan penggunaan ubat pada mereka yang mengalami HIV.

Pembedahan sebelum ini

Sebenarnya telah terdapat pembedahan sebelum ini yang melibatkan penderma yang telah meninggal dunia. Pembedahan ini dijalankan pada tahun 2016 di Hospital Johns Hopkins juga.

Prof Segev berkata,”Satu penyakit yang seolah-olah menjadi hukuman mati pada tahun 1980 telah menjadi satu penyakit yang boleh dikawal sehingga mana mereka yang mengalami penyakit ini boleh menderma organ buah pinggang kepada orang lain.” Prof Segev telah menyakakan hal ini dalam satu kenyataan.

Penglibatan Nina dalam pencapaian besar ini bermula pada Julai 2018 dimana dia telah membaca salah satu hantaran kawannya di facebook. Kawannya itu menyatakan bahawa dia mempunyai HIV dan memerlukan buah pinggang. Perkara ini membuatkan Cik Nina pada ketika itu ingin membantunya. Malangnya, kawan tersebut telah meninggal dunia sebelum sempat buah pinggang tersebut didermakan.

Ia tidak menghalang Cik Nina untuk terus membantu orang lain bagi meneruskan hidup mereka terutamanya mereka yang menghadapi penyakit HIV.

Gambar Nina Martinez(sebelah kiri) bersama Prof Dorry Segev

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *